Bahan-bahannya
500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk kek lapis
½ sudu teh baking powder
susu pekat manis, untuk sapu
Cara-cara membuatnya:
· Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.
· Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu, baking powder dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
· Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula. Bahagikan kepada 2 adunan.
· Sediakan 2 loyang berukuran 22 x 22 x 4 cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar kek setiap loyang mempunyai 7 lapisan setiap lapisan beratnya 100 gram pada suhu 150 darjah C dengan api atas selama 6 minit. Setelah sejuk keluarkan kek dari kedua-dua loyang.
· Ambil kuih dari loyang pertama dan potong memanjang 1cm. Dan potong seterusnya setebal 1 cm dan letakkan dalam susun melintang (Gambar A)
· Kek pada loyang kedua mulakan sebaliknya iaitu melintang. Potong seterusnya sehingga habis.
· Letakkan kek yang lebar 1cm, disapu dengan sedikit susu pekat dan tampalkan kek melintang disebelahnya dan disapukan dengan susu pekat manis. Ulang sampai kek dari loyang pertama habis.
Susun kek dari loyang kedua atas susunan kek tadi. Mulakan dengan hirisan kuih yang melintang dan kemudian memanjang, buat selang seli sampai kek habis jangan lupa sapukan susu pekat untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain. Kemudian padatkan kek dengan cara dimasukkan dalam loyang 20 cm selama 2 jam.
· Ulangi resipi membuat kek lapis untuk lapisan atas dan bawah. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.
Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
· Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek anyam yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).
· Kemudian sapukan atas kek anyam dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
· Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.